Permohonan Lepasan GIATMARA yang berminat sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi bagi Kursus Juruteknik Sistem Komputer telah dibuka, kepada pelajar yang berminat sila isi borang dan hantar ke cikgu zul untuk di proses permohonan bagi sessi Julai 2010. Sila download Borang Artikulasi. " Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjamin Kecermelangan Dan dituntut oleh Agama Islam "

PENGUMUMAN

Sistem e-Filing untuk Borang e-E 2009, e-BE 2009,e-B 2009,e-P 2009
dan e-M 2009 akan dibuka mulai 1hb Mac 2010.

Bagi pengguna Internet Explorer 8, klik di sini untuk panduan konfigurasi cetakan.

Sila pastikan anda tidak mengaktifkan "Pop-up Blocker".

# UPAH KERJA SETIAP PENGISIAN SECARA ONLINE RM 50. CALL 019-9688645 (Cikgu Zul) Sekiranya memerlukan perkhidmatan.


Windows XP/2003/Vista/2008/7 to USB transfer



KUALA TERENGGANU – Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang mengkaji memperkenalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6 dan tahap 7 yang bersamaan dengan peringkat sarjana dan tahap 8 yang bersamaan peringkat doktor falsafah (PhD).
Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, langkah memperkenalkan SKM tahap baru itu diambil supaya graduan tidak berhenti belajar setakat peringkat sijil sahaja tetapi terus mengambil peluang untuk meningkatkan profesion dengan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Setakat ini, cadangan berkenaan masih di peringkat kajian dan kita mungkin boleh laksanakan ia dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

“Dalam pada itu kita juga berbangga dengan pengiktirafan kerajaan terhadap SKM tahap 4 yang sama taraf dengan diploma akademik dalam pembentangan bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengumuman ini adalah satu pengiktirafan yang tinggi pada program latihan kemahiran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dan menyempurnakan Majlis Graduasi Institut Kemahiran Bestari (IKB) 2009 di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, di sini, semalam.

Menurutnya, SKM tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang bersamaan kelulusan peringkat sijil layak untuk membolehkan graduan memasuki sektor pekerjaan manakala SKM tahap 5 melayakkan graduan untuk menikmati skim gaji peringkat diploma lanjutan.
Sumber>>
Label: 0 ulasan | edit post