# KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

"Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka," katanya

Fakta ringkas kes

Pada 21 Jun 2007, SC memfailkan saman sivil memohon satu perintah bagi menghalang defendan daripada bertindak dan/atau berlagak sebagai pengurus dana dan penasihat pelaburan (melanggar Seksyen 14 & 15A SIA) dan mengisytiharkan supaya aset defendan dikembalikan kepada pelabur.

Dalam interim tersebut, perintah yang berikut telah diperoleh:

Perintah Mareva membekukan aset defendan di Malaysia dan di luar negara untuk memelihara aset tersebut sehingga keputusan akhir dibuat oleh mahkamah.
Perintah mengarahkan salah seorang defendan, Amir Hassan, untuk memindahkan RM35 juta dalam akaun di luar negara kembali ke Malaysia.

Lampiran:-

Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan