# Pengenalan kepada Radio Amatur...semua orang boleh menceburinya kecuali orang yang tidak siuman...

Apa Itu Radio Amatur

Radio Amateur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji & berkomunikasi melalui gelombang radio. Seseorang itu juga dapat menghubungi seseorang yang lain secara individu @ berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amateur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amtur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain,anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya) .
Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARTS atau Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Contoh yg lain adalah seperti kejadian Tsunami, kemalangan helicopter yg jauh di Genting baru2 ini dan banjir di Pekan.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yg kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop.

Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, AKRAB, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination) . Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amateur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amateur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. Hanya mereka yang lulus & diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amateur.

Callsign (Kod panggilan)

Setiap Amatuer mempunyai kod @ callsign. Di Malaysia barat kod ini 9M2 & 9W2. Di Serawak 9M8 & 9W8 & di Sabah 9M6 & 9W6. 9M ialah kelas A yang lulus RAE & amp; ujian morse kod manakala 9W ianlah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.

Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan?
Kelab-kelab Radio Amatuer terdapat diseluruh Malaysia & bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut,cuba anda check out kat blog www.9w2czk.blogspot.com

Berikut disenaraikan sedikit Q-Qode yang diterima pakai utk kegunaan komunikasi di repeater:

QRA : Nama stesen/handle anda
QRK : Tahap jelas pancaran(R1-R5)
QRL : Frekuensi sedang digunakan @ sibuk
QRM : Ganguan dari stesen lain
QRO : Tingkatkan kuasa pancaran @ High power
QRP : Rendahkan kuasa pancaran @ Low power
QRT : Berhenti memancar
QRU : Sekian sahaja dari saya (mesej)
QRV : Anda sudah bersedia @ saya sudah bersedia
QRX : Berhenti utk seketika @ akan kembali semula pada (masa) @ standby
QRZ : Siapa yg memanggil
QSA : Kekuatan signal (S1-S9)
QSP : Menyampaikan mesej
QST : Perhatian semua stesen
QSY : Bertukar (pancaran) ke frekuensi lain
QTH : Lokasi anda
QTR : Masa (jam)
QRG : Frekuensi / jalur

Jargon dan slang yang lazim digunakan semasa QSO:

73 : Salam bahagia/salam sejahtera
jalopy : kereta
XYL : Isteri
YL : Wanita tanpa mengira umur
Harmonic : Anak
WX : Keadaan cuaca

Bahasa yang biasa digunakan dlm FT.COM

Kantungan : perut
Cankulan @ lombong garam : kerja
Air mata duyung : Hujan
Unta : kereta
handle : nama

BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM ( MCMC ). Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC ). Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.

Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :

Semenanjung Malaysia - Kelas A - 9 M 2 x x x
Kelas B - 9 W 2 x x x

Sabah - Kelas A - 9 M 6 x x x
Kelas B - 9 W 6 x x x

Sarawak - Kelas A - 9 M 8 x x x
Kelas B - 9 W 8 x x x

PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai lesen yang sah daripada SKMM ( MCMC ) sebagai sebuah badan berkuasa untuk industri komunikasi di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas iaitu :

1. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Amatur ) ASAA kelas A dan B

2. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Mobil ) borang untuk Stesyen Pengulang ( Repeater ) Amatur

Tempoh sah Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) adalah diantara 3 bulan hingga 5 tahun.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk kelayakan , pemohon mestilah :

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B

Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab.

2. Warganegara Malaysia atau warganegara asing yang mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal Aggrement ) dengan Malaysia.

3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur ( AROC ) kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan keputusan Peperiksaan Radio Amatur kepada SKMM ( MCMC ).

KEPERLUAN PEMATUHAN

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan pindaan yang dibuat.

KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Peraturan Radio ( Radio Regulation ) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) dan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa ( ITC ).

Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang yang mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan Teramat Tinggi ( UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan Malaysia akan memerlukan Koordinasi Sempadan dengan negara jiran berkenaan.

YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah :

Kelas Yuran Permohonan Yuran Tahunan
Kelas A RM 60.00 RM 36.00
Kelas B RM 60.00 RM 24.00
Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00

PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

Stesyen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

Stesyen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.

PEPERIKSAAN


Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur :

1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur ( RAE ).

2. Peperiksaan amali Kod Morse ( CW Test ).

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE )

Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;

1. Teori Eletrik , Eletronik dan Radio Komunikasi.

2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna , pemancar , penerima , amplitude , modulasi ulangan dan teknik single sideband.

3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.

4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.

Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.

UJIAN KOD MORSE ( CW TEST )

Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur.

1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.

Calun mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka yang diterima salah dibenarkan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM ( MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan , cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :

1. Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00

2. Ujian Kod Morse ( CW TEST ) - RM 50.00

Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.

HAD KELAYAKAN UMUR

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun.

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod ( CW Test ) adalah 18 tahun.

Stesyen Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk pemancaran kuasa tinggi tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika beroperasi/mengendali stesyen.



PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN

Pengendali Stesyen Radio Amatur kebiasaannya dikenali sebagai ” Ham Radio Operator ” atau ” HAM ” . Aktiviti-aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut :

1. Berkomunikasi dengan stesyen radio amatur di seluruh dunia dengan radio HF.

2. Berkomunikasi diantara bandar-bandar dengan menggunakan radio VHF dan UHF.

3. Memberi perkhidmatan komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidak
terdapat alat komunikasi yang lain atau tidak berfungsi.

4. Membina sendiri radio , alat pemancar , alat penerima dan antena.

5. Berkomunikasi melalui satelit amatur di orbit tanpa sebarang kos.

6. Berkomunikasi dengan angkasawan ketika mengelilingi dunia.

7. Membuat kajian dengan Amatur TV ( ATV ) , Slow Scan TV ( SSTV ) atau menghantar gambar potret dengan menggunakan faksimili.

8. Mengambil bahagian didalam sebarang pertandingan Radio Amatur atau membina sendiri peralatan pandu arah.

9. Mengambil bahagian dalam aktiviti mencari dan menyelamat.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

Secara khususnya , terdapat beberapa perkara yang mana stesyen radio amatur dilarang melakukannya :

1. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali mencari sumber kewangan melalui radio.

2. Pengendali stesyen radio amatur dilarang sama sekali memancarkan siaran kepada umum. Pemancaran radio amatur adalah untuk diterima oleh pengendali stesyen radio amatur sahaja.

SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DALAM APA YANG ANDA IDAMKAN.
22 Responses
  1. Unknown Says:

    Assalammualaikum. Saya tertarik dengan apa yang diceritakan mengenai RA di dalam blog Tuan. Cuma saya ingin bertanya bagaimanakah seseorang yang ingin berjinak jinak serta meraka yang minat pada RA untuk belajar mengenai RA?


  2. SZ images Says:

    salam, nk tny, kalau ad walkie talkie jek wajib ke ad lesen? walaupun penggunaan yg terhad


  3. Akhiey Says:

    salaam qso. Macamana nak register ft.com... tq 73


  4. Akhiey Says:

    salaam qso. Macamana nak register ft.com... tq 73


  5. Unknown Says:

    Sy berminat untuk serta dan menduduki peperiksaan radio amatur ni..tp sy tdk tahu menahu lg mengenai chenal radio amatur ni..soalan sy adakan calun peperiksaan akn di ajar dahulu mengenai radio sblum peperiksaan..


  6. Unknown Says:

    Assalamualaikum tuan bagaimana caranya saya ingin berdaftar dan mnjadi ahli radio amatur


  7. Unknown Says:

    Penerangan asas yang jelas..


  8. Unknown Says:

    Selmat pagi tua ,seronok membaca penerngn tuan,di sni saya ibgin bantuan dari tuan untuk mengikuti kurus dan mendptkan lesen,bagi negeri sabah di mana saya hendak mendafta.sekiranya tuan ad rakan si sabah atau cawangan yg tuan tahu yg boleh saya hubungi.mohon bantuan tuan boleh wssap saya 0148711510


  9. Unknown Says:

    iye,saye pun telah memproses peperiksaan orae,tahun 2018 yang terbaru,dari rakan swl,selajutnya,saya tinngalkan nombor hp saye=019-3642226



  10. Unknown Says:

    Tq information..✌️😅


  11. Unknown Says:

    Sekarang banyak lambakan berbagai model VHF&UHF..adakah cadangan radio yang bagus digunakan.


  12. Unknown Says:

    Ingin Memohon ujian macam mana


  13. Unknown Says:

    No Fon 0142309941


  14. Bagaimana ingin menyertai rakan radio amatur?



  15. Unknown Says:

    Bagaimana dan di mana nak beli radio amatur ni?


  16. Shinigami Says:

    Bagaimana ingin memohon kelas dan ujian?


  17. 9w2awa Says:

    Informasi yang berguna dan padat untuk menerangkan secara asas apakah radio amatur. Tahniah buat anda.


  18. 9w2awa Says:

    https://sems.skmm.gov.my/sems/

    link untuk maklumat berkenaan pendaftaran bagi menduduki peperiksaan radio amatur.


  19. Unknown Says:

    Waalaikumsalam wbt..jika tuan ada walkie talkie, guna frekuensi selain daripada 144.000 mhz - 148.000 mhz.. lain dari freq. Ni tuan boleh pakai


  20. Unknown Says:

    Macam mana nk daftar masuk


Catat Komen